Thursday, 22 October 2015

SIBLING(S)

6 beradik kesemuanya...

Rindu akan adik-adik,
Masing-masing punya tanggungjawab,
Ingin berjasa pada mak bapak,
Ke merata tempat mencari ilmu & rezeki

Adik-beradik...
Insan yang boleh dipercayai dan diharapkan,
Daripada menyusahkan orang lain,
Lebih baik susahkan adik-beradik,
Darah daging sendiri,
Ke sana ke mari tetap darah yang sama mengalir dalam badan

Manisnya bila bersama macam gula-gula gituu
Dulu masa serumah selalu bergaduh
Bila dah berpisah selalu bincang untuk tetapkan masa berkumpul bersama
Bawak mak & adik² makan diluar
Sambut birthday mak atau birthday adik-adik

Alhamdulillah
Tuhan beri nikmat macam mana rasa gembiranya
Bila bersama keluarga dan adik beradik
Adik beradik sikit ke ramai ke sama je
Akan ada setiap moment yang kita akan ingat & gelak sorang²...
Haha

Serius je aku tulis kali nie, nak tulis serius² jela...sedap sikit nak baca.
Lahir dari hati semua nie...gituuu

_______________________________________________________

"Kebahagian sebuah keluarga bukan terletak pada harta benda, tetapi kasih sayang dalam keluarga"


Ingat tuuu...



Sunday, 27 September 2015

Menyayangimu Sahabat


Aku bahagia bila kau bersama
Setiap hari bergurau senda, memberi kata-kata semangat
Membuat aku ketawa gembira

Namun...
Aku hanyalah seorang wanita biasa
Tidak pasti akan apa yang bakal terjadi
Jodoh Tuhan atur siapa tahu dua hati kita jadi satu

Sakit bila bercinta
Aku tak faham apa yang lelaki mahukan
Mohon kekalkan hubungan persahabatan nie
Aku dah tak mau disakiti

Jika kau berharap cinta kau terbalas
Jangan terlalu tinggi harapan
Takut aku dan kau kecundang

Aku tahu cinta kau benar-benar nak ke alam perkahwinan...

Aku sangat peduli perasaan kau
Kalau mampu perasaan sekeliling semua nak ku jaga

Maafkan aku jika terluka...


https://www.youtube.com/watch?v=80lSdi3vF6E


_________________________________________________________

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita...
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan...
Kerana dia juga seorang manusia...
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa...
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan...
Jadilah kita kawannya itu...
Kita selalu melihat dia ketawa, tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka...
Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan...
Di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan...
Kita tidak tahu...tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, 
mungkin kita akan tahu..

Monday, 21 September 2015

Wedding Kak Yatt & Small Reunion in Malacca

Cerita plan masing-masing nak jumpa kat Melaka kononnya ramai-ramai. Padahal berapa kerat je yang ada, tp okay la seronoknya tu ada dan lepas jugak rndu kt ex classmates universiti dulu.

Perjalanan bermula dengan menaiki saga vtec abam Ewan aka abah kauu daripada Salak Tinggi, Sepang jam 11.30 pagi dan sampai dalam jam 1.30 petang.

Tunggu geng (Tuan Rumah) kat Malakau Central sambil makan sekerim Mcd. Haha


Pastu g makan orang belanjeee...hahaha...aku order bihun sup baru aku tau bihun sup kat Malakau nie bukan main lain...Hm..



Ke rumah bakal pengantin ler, geng nak akad nikah aku ngan kawan-kawan lak yang nebes...Diorang dah xlambat aku jela yang tinggal... #mereputlakau



Macam biasa dimana ada camera disitu ada selpiaqnyaa...anak teruna & anak dara...


Sebelum gerak selfie anak beranak dulu...

Lepas tu singgah AEON beli hadiah untuk pengantin, takkan nak melenggang ngan tangan kosong jek kan. Ada la sikit buah tangan untuk pengantin esoknya tu...


Malam lepas makan kat kedai *tak dapat nak merasa asam pedas melaka nie ha* berjalan kat Dataran Pahlawan pulak pusing 1 dunia...


Majlis resepsi pengantin esoknya 20.09.2015. Aummmm segak aihhh pasangan pengantin.


Meriah dengan paluan kompang, seronok aih si mak ayah nak sambut menantu...


Ehem-ehem, nie la bangcik aka abang aka bapak pun ada masa universiti dulu dok rapat dia la dok amek berat.


Geng masa universiti dulu, belajar sama-sama, buat event sama-sama tak balik tak tido semua tu kenangan yang xkan dapat kat mana-mana...cewahhh hahahaha

Geng-geng teruna & sorang mak dara bersama anak...seronok...


Semoga pasangan pengantin bahagia, dan berkekalan hingga ke Jannah. 
Mudah-mudahan insyaAllah.

Wednesday, 16 September 2015

Cameron Highlands

Seminggu dua planning nak ke Cameron Highlands, Pahang punye la banyak halangannya. Finally sampai jugak kat atas sana lepas. Haha ! Kami ambil hari malaysia sebagai hari merealisasikan percutian ini ye. Di mana hari tersebut merupakan hari kelahiran seorang jejaka di dalam gambar-gambar berikut.

Perjalanan ambil masa 4 jam jugak sebab kami janji 7 pagi bergerak dari KL tp lewat sikit sebab abam sado jauh perjalanannya nak amek kami yang lain nie. Jadi kami bertolak dalam pukul 7.30 pagi melalui Simpang Pulai.Sampai Cameron Highlands dalam pukul 11 pagi la macam tu pasai berhenti kat R&R tapah breakfast dengan Tudiaa Paktam. Cuaca elok aihhh panas sejuk...

Setelah puas berposing di ladang teh yang kemain tinggi lg bukitnya sampai nak panjat pun xlarat. Nampak ladang teh belakang sana? Kami minum teh lagi tuu...RM4.50 secawan wangi & sedap. Lokasi Cameron Valley Tea House. 



 Jus buah cinta yang kat tangan tuu...hm xtau nak cakap sedap ke x & bunga-bunga yang di belakang kelihatan cantik sekali...hahaha ayat sekimaa.


Lokasi seterusnya ialah Cameron Lavender Garden tengok-tengok bunga colourful rasa bunga-bunga jek hati nieee...tak caye cer pegi ngn orang tersayang kompem ahh... Hahaha ! RM6 per entry.


Lokasi seterusnya Butterfly Garden, susah nak tangkap gambar si rerama nie duk sat dia lari mai pulak. Jenuh tangkap dapat macam nie kira jadilaaa. RM5 per entry.


Next location is QE Strawberry Farm kami tengok-tengok pastu makan ice cream time sejuk gile...

Yuhuuuu...petik strawberry beb...Petik sambil kunyah, nyaman gilakkk...RM40 1kg nie strawberry farm yang lain bukan y tadi. Farm dia xdak nama dan dok atas bukit.

Hasil kutipan strawberry yang dipetik dan fresh untuk di bawa pulang ke rumah. Aummm.


Masa tak banyak sangat cuti pun 1 hari je tapi puas la dapat berjalan sampai letih badan-badan dan lagi kesian untuk orang yang driving tu...hm...cuaca hujan lebat time petang tu dan ada jammed sikit la bila nak naik atas lagi. Tapi so far so good. Nice trip nanti p lagi.



Monday, 7 September 2015

Slim Programme di PNB Institute

Setelah beberapa bulan training belajar itu belajar ini di dalam kelas di PNBi, kemudiannya kesemua trainees di tempatkan di bawah anak-anak syarikat PNB itu sendiri seperti Takaful Ikhlas, MNRB, CCM, Kontena Nasional, ASNB cawangan-cawangan dan lain-lain lagi. Ilmu-ilmu yang dipelajari mana mungkin hanya disimpan dan perlulah dipraktikkan...tak gitu?InshaAllah...

Bagi kami di bawah ditempatkan di Sales & Marketing Dept. ASNB Menara PNB dan ada yang ditempatkan di Dept. lain jugakkk...

Sorang saja anak dara di sini yang lain semua teruna...hahaha...

Pertama Kali Ke Bumi Utara (zaman bila punya cerita) :P

SkyCab Langkawi, cahaya cek oiii...terkelip mata tuu...


tambang dah lupa berapa...maap !

Menaiki bot ke seberang dari Jeti Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka

Bawak si dia jumpa dengan adikku Muhammad Wasif, belikan robot katanya...



This is Darul Aman...Gunung Jerai mariiii...




Im the boss...haha ! (Merdeka Beach)





Aidilfitri 2015

Ikut hati ikut rasa ikut mood ikut la segala-galanya. Kalau ku rajin aku bubuh gambar-gambar dalam nie. Blog nie suka-suka je sebenarnya, tapi teruskan ajelaaa...Sekarang nie susah sikit nak berkumpul 1 keluarga almaklumlah adik-adik pun dah kelaut belajar sana sini raya je boleh jumpa...

 Gambar selpiaq beramai-ramai selepas sembahyang raya...
Sembahyang raya dekat surau depan rumah je beb...

 Potrait keluarga "lah sangat" rumah tunggang langgang.


 Gambar selpiaq paling dalam sekali...muka adik bongsu Hahaha !


 4 beradik di sini yang sorang jd photographer dan yang selebihnya hilang bawak diri...


 Cun dak kakak sulong bersama adiknya...Hahahaha !


 Kakak sulong bersama adik bongsunya berselpiaq...


Boypren baru...Aduiiii....kalau p jalan sama-sama kat luar itulah yang dikata orang...hm


Akhir kata Alhamdulillah syukur nikmat bersama keluarga masih dirasai sehingga kini...
Hahaha

Wednesday, 26 March 2014

Terasa lama gila dah tak masuk gambar tuleh-tuleh apa yang patut dalam blog nie...nie pn sbb terbukak page sendiri..haha tak famous pun...







sahabat dunia akhirat mudah-mudahan sentiasa berkekalan dan hubungan tiada penghujung...
dah lama bersama ke mana-mana pun bertiga...sahabat susah senang bersama... 


barisan pensyarah-pensyarah yang paling cun dan hensem...haha
yang tengah tu pensyarah betoi nahh...cun melecun hari-hari kelas madam nie xjemu...


Perasmian Minggu Seni Budaya dan Warisan 2013 anjuran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak. Tema pameran yang kami buat ialah "Recent Work's"...Penat tapi seronok...at last kami pulak posing...rakan-rakan seperjuangan cik aty semasa belajar...seronok macam nak putaq balik waktu...alhamdulillah

bersama photographer hebat fakulti...krik krik...hahaha

Thursday, 20 December 2012

Shopping-Waterfront Kuching

Assalam...ini la time Cik Aty dan hosmet2 sekalian kuar pegi shopping cket2 buah tangan untuk family dan sedare2 tersayang kat waterfront tuh...byk souvenir kat situ...mcm2 ade...
promot cket, kain batik, tshirt, accesories, kek lapis, tebaloi, sago...huh rambang mate kot...
macam nak angkut jek sume bawak balik semenanjung...hahaha~~

lepas tuu nyempat ler memosingnye... ^_^












wakaka...mcm model ape ntah...model sampan...layak sangat laaa tu...
gilez la punye posing...haha...permulaan menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang... ; )
.....................................................................................................................................

"Tersenyumlah jika engkau ingin orang lain tersenyum kepadamu... : )

Bersama Hosmet2kuu...

assalam...hari nie Cik Aty nak mengupdate blog dgn m'uploadkan pic2 y sudah sekian lame...
tp xdela lame sangat...blog nie mmg utk koleksi gmbr I pn... :)
wakakaka...poyo gilez...

nahhhhhhhhhhh tgk...
















 .....................................................................................................................

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita...
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan...
Kerana dia juga seorang manusia...
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa...
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan...
Jadilah kita kawannya itu...
Kita selalu melihat dia ketawa, tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka...
Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan...
Di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan...
Kita tidak tahu...tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, 
mungkin kita akan tahu... (0_o)